Bot pukat tunda ceroboh kawasan ditahan

  • 2 tahun lalu
Bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kedah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C kerana disyaki menceroboh dan menunda di kawasan yang tidak dibenarkan, pada malam Isnin.

Menurut Pengarahnya Laksamana Pertama Rozali Mohd Said dalam operasi itu seorang tekong bersama tiga awak-awak warga Thailand berumur lingkungan 22 hingga 34 tahun ditahan kira-kira 10.9 batu nautika Barat Daya Pulau Rebak Besar, Langkawi.