Bot karam: Mayat warga Indonesia ditemui lemas

  • 2 tahun lalu
Seorang warga Indonesia yang hilang selepas bot yang dinaikinya karam dengan muatan kelapa sawit di Batang Suai Miri ditemui lemas pada jam 2.45 petang Isnin.

Mangsa dikenali Yanto Olin 34 tahun ditemui terapung lima meter dari jarak dia dipercayai terjatuh.