Yang di-Pertuan Agong ziarah mangsa kebakaran di Tawau

  • 2 tahun lalu
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menziarahi mangsa kebakaran Kampung Otentik, Tanjung Batu Keramat, Tawau, Sabah pada Isnin.

Keberangkatan baginda semata-mata untuk berkongsi rasa duka seramai 511 ahli keluarga dari 69 buah rumah yang musnah dalam kebakaran pada 26 Ogos lalu.