Lawatan PM tingkat hubungan dagangan bilateral Malaysia-Kemboja

  • 2 tahun lalu
Perjanjian pengecualian cukai berganda, DTA yang akan dimuktamad dalam lawatan Perdana Menteri ke Kemboja dilihat berupaya merancakkan sektor pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua negara.
Duta Malaysia ke Kemboja Eldeen Husaini Mohd Hashim berkata, perjanjian berkenaan sudah lama ditunggu memandangkan pelaburan masuk dari Malaysia sebelum ini sedikit sebanyak terhalang disebabkan cukai berganda.
DTA katanya, disifatkan sebagai sebagai platform pemudah cara untuk aktiviti perdagangan antara kedua-dua negara, terutama membabitkan eksport dan pelaburan.

Disyorkan