Anak muda jadi 'anti-establishment' kalau kerajaan gagal fahami mereka

  • 2 tahun lalu
Golongan muda hanya akan menjadi ‘anti-establishment’ sekiranya kerajaan gagal memahami aspirasi mereka sebagai pewaris tanah air tercinta ini.

Tegas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dalam satu temubual eksklusif bersama Astro Awani sempena Hari Kebangsaan ke-62 di Putrajaya baru-baru ini, fenomena itu akan berterusan sekiranya kerajaan gagal bersuara, dan gagal memperjuangkan isu-isu berkaitan golongan itu, yang kini merangkumi hampir separuh daripada jumlah pengundi berdaftar.

Disyorkan