Ekspresi keunikan negara melalui lukisan

  • 2 tahun lalu
Sesebuah negara boleh diingati atas pelbagai sebab.
Bagi anak muda berusia 17 tahun ini ini beliau mahu identiti Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan adat diterjemahkan melalui lukisan.
Bagi Naim Hamid Hamidin, karya-karya seni yang dihasilkannya memaparkan keunikkan budaya rakyat Malaysia.
Malah karyanya yang memaparkan seorang remaja menarik upih dengan wanita berpakaian kimono mendapat penghargaan di International High School Art Festival, Tokyo.