'Geng Beliak' aktif pecah rumah dan kedai diberkas
  • 2 tahun lalu
Polis berjaya menumpaskan geng beliak yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dan rumah kedai di sekitar daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang selepas menahan empat lelaki sabtu lepas.

Dalam serbuan kira-kira jam 6 petang di Kampung Pengkalan Batu , Tasek Gelugor itu, tiga suspek berusia 24 hingga 32 tahun ditahan di sebuah rumah, manakala seorang lagi suspek berusia 25 tahun dicekup di kawasan berhampiran.