Murid dari 12 sekolah di Pasir Gudang diberikan cuti sepanjang UPSR

  • 2 tahun lalu
Murid tahun satu hingga lima dari 12 sekolah hotspot berdekatan pencemaran udara di Pasir Gudang akan diberikan cuti sepanjang peperiksaan UPSR.

Pegawai pendidikan daerah Pasir Gudang, Jasnu Omar berkata pemberian cuti bermula 4 hingga 11 september itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku insiden tidak diingini.