Program Rakit Gemilang menyusuri perkampungan orang asli

  • 2 tahun lalu
Lebih 100 peserta menyertai aktiviti berakit sambil membawa bendera jalur gemilang menyusuri Sungai Betis di perkampungan orang asli Kampung Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan.
Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, JPNIN itu dilaksanakan buat pertama kalinya bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-62 dalam kalangan masyarakat orang asli.