Ramai pasangan muda terjebak hutang selepas kahwin

  • 2 tahun lalu
Ramai pasangan membelanjakan wang simpanan untuk membuat persiapan menjadi ‘Raja Sehari’ tanpa menyedari bahawa cabaran kewangan sebenar adalah selepas mendirikan rumah tangga.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, ia sekaligus menyebabkan ramai pasangan terjebak dalam kancah hutang, seterusnya menjadi punca perceraian.