Akses tanpa kebenaran data pelanggan, Astro ambil tindakan serta-merta

  • 2 tahun lalu
Astro sedang mengambil tindakan serta-merta untuk menangani akses tanpa kebenaran yang membabitkan sekurang-kurangnya kosong perpuluhan dua peratus pelanggan syarikat itu.
Dalam satu notis yang dipaparkan di Wecare@astro.com.my hari ini, Astro mengesahkan pihaknya telah memaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi dan sedang bekerjasama secara rapat dengan pihak berkuasa bagi menangani perkara berkenaan.