Polis panggil Zakir Naik beri keterangan

  • 2 tahun lalu
Polis memanggil penceramah bebas, Dr Zakir Naik bagi memberi keterangan berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keamanan dalam satu syarahan di Kelantan baru-baru ini.
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor penceramah itu dipanggil selepas 115 laporan polis diterima berhubung perkara tersebut.