Nelayan bimbang turun ke laut, pendapatan terjejas

  • 2 tahun lalu
Lebih seribu nelayan tidak dapat ke laut kerana bimbang keselamatan selepas tempias ribut Taufan Lekima melanda utara semenanjung sejak Jumaat.

Di Kedah, rata-rata nelayan pesisir pantai di Kuala Kedah tidak berani turun ke laut kerana bimbang angin kuat akan menterbalikkan bot-bot mereka.