Malaysia gesa pertingkat perdagangan Intra-ASEAN

  • 2 tahun lalu
Rangka tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025, yang memasuki fasa kedua integrasi akan memberi tumpuan kepada mentransformasi rantau ini menjadi ekonomi yang lebih kohesif.

Jelas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ignatius Darell Leiking ia mampu menyokong usaha meningkatkan dagangan intra-asean yang berada pada tahap rendah ketika ini berbanding di peringkat global.