PDRM & POLRI bekerjasama rampas dadah RM89.6 juta

  • 2 tahun lalu
Sebanyak 2.6 tan dadah bernilai RM89.6 juta dirampas dalam 29 operasi dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dengan kerjasama Polis Indonesia (POLRI) sepanjang tempoh 2017 hingga Julai tahun ini.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd berkata, dalam tempoh itu juga, sebanyak 99 individu yang terbabit dengan kegiatan penyeludupan dadah ditahan.

Disyorkan