#KomunitiAWANI: Mak Cik Travels, peneman khas wanita dan warga emas

  • 2 tahun lalu
#KomunitiAWANI 5 Ogos 2019 menampilkan pelakon, Nabila Razali sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI.

Berita komuniti anda bermula dengan keunikan Pertandingan Beruk Cerdik dan Beruk Pantas anjuran penduduk Kampung Beris Lalang Bachok. Kemudian, kita saksikan inisiatif Mak Cik Travels yang menawarkan perkhidmatan peneman khas buat wanita dan warga emas. Selepas itu, kita juga akan saksikan penjenamaan semula nama durian bagi meningkatkan nilai komersialnya. Kita juga akan saksikan pengalaman dan tips mendaki yang dikongsikan oleh Hikers Santai Utara bagi tujuan keselamatan orang ramai ketika lakukan aktiviti lasak tersebut.