#KomunitiAWANI: Penajaan sistem keselamatan pintar i-Neighbour RM 8 Juta demi kesejahteraan masyarakat
  • 2 tahun lalu
#KomunitiAWANI 3 Ogos 2019 menampilkan pelakon, Amyra Rosli sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI.



Berita komuniti anda bermula dengan cerita perkhidmatan cuci luka percuma yang ditawarkan oleh Kuan Chee Heng yang juga dikenali sebagai Uncle Kentang. Kemudian, kita akan saksikan bagaimana minyak Engkabang yang semakin popular dalam masyarakat di Sarawak. Selepas itu, kita akan lihat ketangkasan pengawas di SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu dalam mempelajari seni bela diri Muay Thai bagi membentuk disiplin dalam diri. Kita juga akan saksikan inisiatif CSR syarikat TimeTec yang menyediakan sistem keselamatan pintar di kawasan kejiranan iaitu i-Neighbour.