#KomunitiAWANI: Hasrat anak muda martabatkan Sape dalam pentas antarabangsa

  • 2 tahun lalu
#KomunitiAWANI 2 Ogos 2019 menampilkan pelakon, Amyra Rosli sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI.



Episod kali ini bermula dengan cerita seorang budak sekolah yang lain daripada yang lain, guna masa lapangnya untuk bantu jual di gerai ikan bapanya. Selepas itu, kita akan lihat usaha Pertubuhan Peladang Kebangsaan untuk bantu para petani dan peladang terutamanya dari golongan asnaf keluar dari paras kemiskinan. Kemudian, kita akan saksikan sekumpulan anak muda SL2J yang memartabatkan alat muzik tradisional Sape untuk memainkan muzik jazz. Kita juga akan saksikan inisiatif Kelab Doktor Muda SK Bukit Diman dalam memberi pendedahan penjagaan usus kepada warga sekolah.