#KomunitiAWANI: Keunikan nama Apam Balik, sumber rezeki dua beradik
  • 2 tahun lalu
#KomunitiAWANI 29 Julai 2019 menampilkan penyanyi, Sarah Suhairi sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI.

Berita komuniti anda bermula dengan cerita seorang gadis yang sanggup lakukan apa sahaja demi tempa nama dalam sukan muay thai. Kemudian, kita saksikan inovasi dan solusi ciptaan pelajar-pelajar MRSM dalam masalah industri dan masyarakat dalam pertandingan MRSM Robochallenge 2019 edisi ke-15. Selepas itu, kita akan lihat pengubahsuaian yang dilakukan pada sebuah rumah pusaka di Yan berlatarbelakangkan Gunung jerai yang dijadikan rumah penginapan, menjana pendapatan tambahan buat pemiliknya. Kita juga akan lihat satu gerai yang menjual Apam Balik Koboi yang dilaporkan oleh Skuad AWANI Junior SK Kuala Besut.