#KomunitiAWANI: Pengalaman baharu kanak-kanak istimewa CP

  • 2 tahun lalu
#KomunitiAWANI 27 Julai 2019 menampilkan selebriti, Izzue Islam sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI.

Jangan terlepas untuk saksikan cerita inisiatif pelajar sarjana Pengurusan Perniagaan dari UKM dengan kerjasama Gerakan Anak-Anak Palsi Serebrum (GAPS) dalam memberi pengalaman baharu buat kanak-kanak yang menghidap penyakit palsi serebrum (CP) di Zoo Negara. Kemudian, kita lihat juga mat salleh yang tercengang melihat roti canai terbang! Selepas itu, kita akan saksikan impian sekumpulan anak muda untuk beraksi di Camp Nou, Barcelona. Kita juga akan lihat betapa segar dan murahnya ikan di dijual pangkalan dari bot nelayan.