Ancaman bom: Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selamat

  • 2 tahun lalu
Pihak berkuasa mengesahkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta selamat daripada ancaman bom.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Shanmugamoorthy Chinniah, berdasarkan siasatan, persekitaran kawasan mahkamah berada dalam keadaan terkawal.

Sekitar 12.30 tengah hari Khamis, pihak polis menerima panggilan yang mendakwa terdapat bom dalam mahkamah berkenaan.

Disyorkan