Pagar elektrik rosak punca gajah masuk Kem Sri Banding
  • 2 years ago
Kerosakan pagar elektrik di Kem Sri Banding, Gerik dipercayai menjadi punca seekor gajah memasuki kawasan itu seperti yang tular menerusi rakaman video hari ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata, pihaknya menerima laporan mengenai pecerobohan haiwan liar itu pada kira-kira pukul 3 petang semalam.