Danial Chuer cuak bersaing dengan Aisha Retno dan Elica Paujin dalam Big Stage
  • 2 tahun lalu
PESERTA Big Stage musim keempat Danial Chuer berkata dia akan lebih berhati-hati dalam pertandingan ini agar persembahannya tidak terlalu menggunakan teknik nyanyian yang terlalu teknikal.

Ujar Danial atau nama sebenar Danial Chuer Hamasiah Samsudin, dia akui penyampaian menerusi program Vokal Mania sebelum ini agak kurang memuaskan kerana kurang penghayatan dalam lagu.

“Saya mengambil paling banyak pengajaran daripada program Vokal Mania, saya bersetuju ramai orang cakap saya terlalu memikirkan teknik nyanyian.

“Untuk Big Stage kali ini, saya kena bijak... saya kena bagi sikit sahaja supaya sedap didengar di telinga juri dan penonton,” ujarnya kepada mStar.
Disyorkan