Negara punya polisi, kenapa masih ada kempen anti-minyak sawit? - Zuraida
  • 2 years ago
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin mempersoalkan mengapa beberapa pihak masih mengadakan kempen anti-minyak sawit walaupun Malaysia mempunyai dasar polisi tentang penebangan hutan.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, 2021 menjadi tahun mencabar kepada industri minyak sawit yang terjejas dengan pengurangan pekerja ladang sekitar 75,000 menyebabkan aktiviti penuaian tertangguh selain kualiti tandan buah yang dituai lebih rendah.

Beliau berkata demikian ketika ucaptama Seminar dan Dialog 2022 'Reach & Remind, Friends of the Industry', pelancaran kempen 'Malaysian Palm Oil Full Of Goodness' dan pelancaran buku Mari Kenali Sawit di Putrajaya, hari ini.

Sumber video: https://fb.watch/al3zFWmMvw/
Recommended