Bersatu susun propaganda untuk tumbangkan Ismail Sabri - Najib
  • 2 years ago
Bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa bahawa Bersatu sedang menyusunkan propaganda untuk menumbangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa, ia dapat dilihat menerusi media sosial pro kepada parti Bersatu dan Perikatan Nasional itu.

Najib berkata bahawa objektif utama mereka ialah untuk mengembalikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.