Gerakan akan jumpa Sanusi berhubung isu kedai nombor ekor

  • 2 years ago
Satu delegasi Parti Gerakan akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor selepas PRN Melaka bagi membincangkan keputusannya mengharamkan kedai nombor ekor di negeri itu.

Ketika ditemui di Melaka hari ini, Presiden Gerakan Dominic Lau berkata beliau menghormati hak mana-mana kerajaan negeri untuk melaksanakan dasar mereka, namun menegaskan hak mereka yang bukan beragama Islam juga dilindungi di bawah undang-undang.