Tertekan Jodoh Pilihan Keluarga Dingin
  • 2 tahun lalu
Hidup sebatang kara sudah cukup menyedihkan. Apatah tidak pernah merasai kasih sayang ibu bapa tersayang sejak kecil.

Apabila sudah mendirikan rumah tangga pula, suami yang merupakan pilihan saudara-mara bersikap dingin dan jarang pulang ke rumah atas alasan bekerja di luar negara.

Meskipun dikurniakan keluarga mertua yang baik, tetapi hidup pengadu agak tertekan kerana mendambakan kasih sayang seorang suami. Keadaan bertambah perit apabila masih belum dikurniakan cahaya mata lagi.

Bagaimana cara terbaik untuk menangani permasalahan itu? Apa cara terbaik menyemai rasa cinta di dalam hati tanpa perlu berfikiran negatif?

Ikuti kata-kata semangat oleh Pakar Motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad bagi menjawab persoalan sempena Soal Jawab Netizen Rahsia Rumah Tangga pada minggu ini.

#soaljawabnetizen
#rahsiarumahtangga
#lifestylesinarplus
#lifestylesinarharian
#kitalaluibersama
#dominasigayahidup