Pengendali khidmat borong tunggal 5G dikawal selia ketat SKMM
  • 2 years ago
Pengoperasian Digital Nasional Berhad (DNB) selaku pengendali perkhidmatan borong tunggal 5G dikawal selia ketat pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin berkata antara lain, SKMM mengenakan syarat yang melarang DNB daripada terlibat dalam aktiviti runcit.