Bersatu, PAS, Gerakan sepakat guna logo PN di Melaka
  • 2 years ago
Bersatu, PAS dan Gerakan telah bersepakat untuk bertanding pada pilihan raya negeri Melaka akan datang menggunakan lambang Perikatan Nasional, kata pengerusi PN Muhyiddin Yassin.

Menurut Muhyiddin, keputusan itu dibuat semalam oleh Majlis Tertinggi PN pada mesyuarat khas yang diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan pilihan raya negeri Melaka.