Santhara ditegur kerana guna istilah 'homestay' di Dewan Negara

  • 3 years ago
Gara-gara istilah 'homestay' berbanding inap desa semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Negara, Rais Yatim menegur seorang timbalan menteri kerana tidak menggunakan istilah bahasa Melayu itu.

Teguran dibuat ketika Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Santhara Kumar menjawab soalan Isa Ab Hamid mengenai jumlah usahawan kraf tangan dan pengusaha inap desa yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).