Sudah la pandai main dram, menyanyi pun sedap… tak sangka Amira Syahira minat lagu cute!
  • 3 tahun lalu
TIDAK hanya ingin dikenali sebagai pemain dram, Amira Syahira tampil dengan single pertama berjudul Apa Khabar Sayang.

Ujar Amira, 18, selepas lagu ini dimuat naik akhir September lalu, ramai yang tidak menyangka dia tampil dengan lagu ‘cute’ seperti itu.

“Sebelum ini ramai yang kenal saya macam head metal, main lagu-lagu rock... tapi apabila keluar lagu pertama ni dah jadi cute pula.

“Ada yang kata saya Bella Poarch Malaysia... entah kat mana yang sama. Tapi tak apa, asalkan semua gembira dan suka dengar lagu Apa Khabar Sayang, Alhamdulillah itu pun dah okay,” katanya kepada mStar.

Sementara itu Amira akui ramai yang tidak menyangka dia mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

“Sebenarnya ramai yang terkejut saya boleh nyanyi, saya belajar menyanyi sejak umur 12 tahun tapi saya tak betul-betul explore.

“Dulu suara saya budak-budak macam chipmunk sikit, apabila dah umur 18 tahun ni baru saya rasa lebih yakin nak menyanyi,” katanya.
Disyorkan