'Sijil vaksinasi di MySejahtera saja diterima, cetak secara fizikal tak terima'

  • 3 years ago
Hanya sijil vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera saja yang diterima sebagai pembuktian seseorang itu lengkap menerima dua dos vaksin.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Adham Baba berkata, individu yang mencetak sijil vaksinasi sebagai bukti tidak akan diterima.

Menurutnya, ini bagi memastikan sijil vaksinasi lengkap itu tulen tanpa ada sebarang penipuan.