Sempoi je Azlee Senario jual buah tepi jalan... tak fikir dah dunia glamor demi cari rezeki
  • 3 tahun lalu
Akui wang simpanan semakin berkurangan akibat tidak dapat bekerja ketika negara masih dalam fasa Pelan Pemulihan Negara, pelakon Azlee Senario mengambil inisiatif menjana pendapatan dengan berniaga buah-buahan.

Ujar Azlee atau nama penuhnya Mohd Azlee Jaafar, 54, dia membuang perasaan malu dan menjalankan perniagaan ini demi menyara keluarga.

“Semua artis pendapatnya adalah shooting, buat persembahan atas pentas tapi tak boleh... apabila tak boleh kita jangan malu, kita kena positif untuk menambahkan pendapatan demi sara hidup keluarga.

“Saya mengambil pendekatan untuk berniaga buah-buahan, Alhamdulillah sambutan sungguh menggalakkan. Syukur kepada Allah, Allah sayang kita dan inilah hasilnya kita dapatlah menyara keluarga,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Azlee tidak menyangka personaliti dakwah iaitu Ebit Lew datang ke gerai buahnya bagi memberi sokongan.

“Masa Ebit Lew datang saya memang teruja dan terkejut, kita semua tahu dia seorang pendakwah yang hebat.

“Saya rasa bersyukur sangat, dia banyak beri motivasi dan turut membeli buah untuk support... dengan kata-kata semangat daripada dia, saya akan terus berjuang dalam perniagaan sempena dengan PKP ini,” katanya.
Disyorkan