'Konsensus henti 'politik lama', bukan hanya lantik PM baru'
  • 3 years ago
Pengerusi PH, Anwar Ibrahim memberitahu terdapat konsensus di antara pemimpin parti yang hadir ke Istana Negara hari ini untuk "menghentikan politik lama".

"Kita akan jurus semula ke arah yang baru. Bukan hanya isu melantik perdana menteri baru.

"Lebih penting lagi seperti yang ditegaskan oleh Yang di Pertuan Agong dan wakil Agong, adalah mewujudkan bentuk politik baru yang lebih aman dan harmoni," katanya selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Recommended