Saya mengaku dah buat salah, tak patut sertai himpunan - Dr M
  • 3 years ago
Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau melakukan kesalahan apabila menyertai perhimpunan Ahli Parlimen pembangkang diketuai Anwar Ibrahim kelmarin bagi membantah penangguhan sidang khas Dewan Rakyat selama dua minggu.

Bekas perdana menteri itu berkata, perhimpunan sedemikian tidak sepatutnya diadakan kerana kurang penjarakan fizikal ketika negara berdepan penularan wabak Covid-19 yang tinggi.

Terdahulu, 107 Ahli Parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka untuk berarak ke Parlimen dalam bantahan bagi mendesak Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan anggota Kabinet meletak jawatan.

Bagaimanapun, cubaan berarak ke Parlimen itu tidak berjaya kerana anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menghalang laluan masuk ke Jalan Parlimen dari Dataran Merdeka.

Sumber video:
https://www.facebook.com/ResetMalaysia.org/videos/418871696110588
Recommended