Sidang tangguh Isnin: 'Ini semua wayang, tapi PH akan hadir'
  • 3 years ago
Kenyataan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon bahawa sidang Parlimen akan ditangguhkan sehingga Isnin depan adalah sekadar 'wayang', kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Anwar menuntut jaminan Speaker Dewan Rakyat bahawa sidang Dewan Rakyat akan berjalan seperti biasa pada Isnin depan dan menegaskan ahli-ahli Parlimen akan hadir pada jam 10 pagi.