Protes 'Code Black' bukan antikerajaan - Persatuan Perubatan Malaysia
  • 3 years ago
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Subramaniam Muniandy menjelaskan, protes 'Code Black' dari 1 hingga 12 Julai dan 'Black Monday' pada 12 Julai bukan satu gerakan antikerajaan.

Menurutnya, protes atas talian itu merupakan kempen untuk menggalakkan orang ramai menunjukkan sokongan kepada doktor kontrak.

MMA juga berkata mereka tidak mahu disalah fahamkan sebagai menyokong kempen bendera hitam yang antara lain mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berundur.