MP, Adun boleh rentas kunjung kawasan tapi dilarang anjur, hadir majlis
  • 3 years ago
Ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri boleh rentas sempadan negeri dan daerah untuk mengunjungi kawasan masing-masing tetapi tidak dibenarkan mengadakan atau menghadiri sebarang majlis semasa sekatan penuh perintah kawalan pergerakan yang bermula hari ini.

Perkara itu ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) terkini yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berkuat kuasa hari ini.