'Kos pembaikan landasan, tren, ditanggung pihak Prasarana' - Wee Ka Siong
  • 3 years ago
Menteri Pengangkutan, Dr Wee Ka Siong berkata kos pembaikan dan penyelenggaraan landasan serta tren berkaitan akan ditentukan dan ditanggung pihak Prasana Malaysia Berhad (Prasarana) yang akan berurusan dengan pihak insurans untuk tindakan lanjut.

"Dalam hal ini, kita perlu pulihkan perkhidmatan pengangkutan awam. Kita memberi keutamaan dan kepentingan kepada keperluan pengguna perkhidmatan berkenaan," katanya.

Dalam kejadian jam 8.30 malam Isnin lalu, tren bersama 213 penumpang dari Gombak dilaporkan bertembung dengan tren dari arah Kelana Jaya, menyebabkan 65 penumpang cedera termasuk 47 parah.