‘Tak pernah lihat situasi terdesak macam sekarang’ - Khaled Nordin
  • 3 years ago
'Saya tidak pernah melihat satu keadaan lebih terdesak dan kritikal berbanding sekarang.'

Itu kata Naib Presiden Umno Khaled Nordin berhubung negara yang kini berhadapan krisis dan darurat kesihatan semakin meruncing.

Kata Nordin, kerajaan perlu segera bertindak balas menangani peningkatan kes harian Covid-19 memandangkan darurat tidak menampakkan tanda-tanda bahawa keadaan akan pulih.