'Tak benar Pfizer hanya diberikan kepada orang Islam' - KJ
  • 3 years ago
Khairy Jamaluddin juga menafikan dakwaan bahawa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Sukan Desa Tasik di Kuala Lumpur telah melaukan diskriminasi kepada penerima bukan Islam dengan tidak memberikan mereka vaksin Pfizer.

Ini susulan dakwaan yang tersebar di dalam talian sejak Isnin lalu, yang mendakwa hanya penerima beragama Islam diberikan vaksin Pfizer, manakala orang bukan Islam diberikan vaksin Sinovac.

Dia berkata pada hari itu, PPV Desa Tasik telah memberikan 252 dos Pfizer kepada 169 individu beragama Islam dan 83 penerima bukan Islam, manakala 691 dos Sinovac diterima oleh 142 individu beragama Islam dan 549 diterima bukan Islam.

Khairy berkata, isu itu timbul kerana di kalangan penerima beragama Islam, terdapat seramai 43 bakal jemaah haji dan petugas tabung Hajii.

Dia berkata kumpulan itu diberikan vaksin Pfizer kerana pemerintah Arab Saudi pada ketika ini hanya menerima jemaah yang telah divaksin dengan Pfizer atau AstraZeneca.