'Sasar RM1 juta untuk Tabung Selangor Peduli Palestin' - MB Selangor
  • 3 years ago
Kerajaan negeri mensasarkan mengumpul dana sebanyak RM1 juta untuk Tabung Selangor Peduli Palestin.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, ia merupakan projek pertama di bawah Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin hasil jalinan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang diluluskan penubuhannya pada hari ini.

Tambah beliau, dana itu akan disalurkan kepada rakyat Pelestin dalam bentuk ambulans dan kenderaan pelbagai guna yang akan dilengkapi dengan ubat-ubatan.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/live/?v=982078685930429&ref=watch_permalink