Hijabista's March 2014 Issue: BTS Covershoot Vivy Yusof

  • 3 years ago
Her story...

She is Vivy Yusof. Read up below:

"...Persiapan mendapatkan gadis kota metropolitan serta ikon fesyen ini sebagai penghias kulit hadapan telah lama kami aturkan. Dengan tajaan lokasi yang hebat di Menara Bank Islam dan dua buah kereta Honda Jazz Hybrid untuk mengiringi perjalanan, pastinya kami menantikan hari penggambaran. Detik cemas mula dirasai tatkala dimaklumkan bahawa wanita muda ini mahu menunda penggambaran kerana kesihatan anak yang membimbangkan. Pujukan dan rayuan dikirim padanya agar dapat meneruskan hasrat kami. Akhirnya beliau mengalah atas dasar profesional dan komitmen yang telah dijanjikan. Tepat jam 12 tengahari, Vivy Yusof tampil menghadirkan diri dengan wajah polos dan senyuman manis yang sentiasa terukir.

Vivy Sofinas Yusof, 27 tahun, pemilik tubuh genit, wajah cerah berseri dan pastinya gaya memikat yang amat disenangi. Fesyennya menjadi ikutan ramai hijabi yang mengikuti blog fesyennya. Pengarah Urusan perniagaan online yang terkenal iaitu Fashion Valet tidak pernah lekang dengan kamera dan telefon. Baginya, kedua-dua gajet ini penting agar dapat berkongsi gaya dengan peminat-peminatnya. Mengakui pernyataan fesyennya yang punya pengaruh, kami berbesar hati mendekati gadis kecil molek ini untuk kepuasan para pembaca dan peminat beliau khasnya..."

You want more? Hit your nearest newsstand today to grab Hijabista March 2014 issue! hb