Ungku Ismail dating dengan pengkid! Kasihan sebab ‘Single Terlalu Lama’, terdedak cari jodoh...
  • 3 tahun lalu
HASIL arahan pelakon utama iaitu Ungku Ismail Aziz , drama Single Terlalu Lama sudahpun bersiaran di slot Drama Pukul 6 di TV3.

Menurut Ungku, drama ini menceritakan kisah perjalanan seorang lelaki yang ingin mencari cinta sejatinya namun terpaksa melalui pelbagai halangan.

“Cerita ini adalah journey untuk seorang itu dating dengan bermacam-macam jenis perempuan. Macam-macam hal dia jumpa tapi cinta dia hanya satu iaitu perempuan yang dia kenal sewaktu sekolah rendah dulu,” katanya.

Sementara itu, Uchee Fukada yang popular dengan watak uniknya tampil membawa watak seorang punker menerusi drama ini.

“Untuk drama ini saya memegang watak Halena sebagai seorang punker sejati, nampak lain sikit tapi saya memang suka bawa watak yang pelik-pelik,” katanya kepada mStar.

Drama Single Terlalu Lama ditayangkan di slot Drama Pukul 6 setiap Isnin hingga Khamis pukul 6 petang.
Disyorkan