MRT Corp cari dana swasta untuk MRT3, ringankan beban kerajaan

  • 3 years ago
Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) akan menggunakan kaedah pembiayaan hibrid, dengan 70% hingga 90% daripada kos dibiayai oleh kerajaan, kata CEO MRT Corp Mohd Zarif Hashim.

Semasa taklimat di Menara KEN TTDI hari ini, Mohd Zarif berkata MRT Corp akan mendapatkan suntikan dana swasta sebanyak 10% hingga 30% bagi meringankan beban kewangan kerajaan.