Parti Pejuang diberi kebenaran buat semakan kehakiman

  • 3 years ago
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memulakan semakan kehakiman bagi menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendaftarkannya sebagai parti politik.

Peguam yang mewakili Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali mengesahkan bahawa mahkamah membenarkan permohonan semakan kehakiman berkenaan.