Wah tak sangka drama ‘Tak Sempurna Mencintaimu’ buat penggambaran di Perlis... patut la cantik!

  • 3 tahun lalu
Drama Tak Sempurna Mencintaimu mula menjadi perhatian warga Twitter walaupun baru mula bersiaran pada 29 Mac 2021.

Rata-rata penonton mula menunjukkan minat dengan drama adaptasi daripada novel nukilan Rehan Makhtar ini.

Menurut pengarahnya, Emi Suffian, 90 peratus penggambaran drama ini dilakukan di Perlis kerana terdapat banyak tempat-tempat menarik di sana.

“Cerita ini sebenarnya tidaklah 100 peratus kampung atau kawasan pinggir bandar tapi Alhamdulillah Perlis banyak tempat yang menarik.

“Kalau di Kuala Lumpur memang kita dapat view urban dan moden, tapi ikut permintaan skrip itu ia lebih di kampung,” katanya kepada mStar.

Disyorkan