Ibu minta maaf bagi pihak Nabila Razali, risau anak sendiri ada kekurangan, buat salah...
  • 3 tahun lalu
Ibu kepada Nabila Razali iaitu Shamsidah Abd Rahman memberitahu, anaknya seorang yang tidak mudah putus asa walaupun menerima kritikal hebat selepas membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) baru-baru ini.

Ujar Shamsidah, walaupun Nabila menangis selepas menyampaikan lagu Peluang Kedua pada 14 Mac lalu, dia terus bangkit dan bekerja seperti biasa.

“Selepas AJL35 Nabila menangis, saya nak buat macam mana... hanya boleh nasihatkan dia, benda pun dah jadi.

“Saya cakap, kalau Nabila suka kena teruskan… semangat kena kuat dan Alhamdulillah dia boleh terima,” katanya kepada mStar.
Disyorkan