Mayat pekerja maut masih terperangkap bawah kren - Prolintas
  • 3 years ago
Seorang wakil Prolintas Sdn Bhd memberitahu ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai bahawa mayat pekerja binaan yang maut masih terperangkap di bawah struktur besi kren gantri di tapak projek Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke).

Menurutnya, pihak bomba masih sedang dalam usaha untuk mengeluarkan mayat berkenaan.

Semalam, satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan lebuh raya itu dan mengakibatkan tiga pekerja warga asing maut sementara seorang pemandu kenderaan cedera

Sumber video: https://www.facebook.com/wongsiewki/videos/451354136190527