Shazni dilantik ketua pemuda PH, AMK mahu Akmal Nasir
  • 3 years ago
Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin dilantik sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) yang baru.

Namun pelantikan itu, yang diputuskan dalam mesyuarat PH petang semalam, menerima tentangan daripada sebilangan pemuda PKR (AMK).

Jawatan ketua pemuda PH kosong selepas Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meninggalkan gabungan itu tahun lalu.